X

Kindly register in order to view this article
!

Ambil kesempatan di sebalik kesempitan

Amir Shaharuddin
A
A

SHAH ALAM - Perbuatan mengenakan riba dalam Islam dilarang ALLAH SWT kerana wujud kezaliman dan ketidakadilan bagi sebelah pihak kerana mengambil kesempatan di sebalik kesempitan.

Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia, Profesor Madya Dr Amir Shaharuddin sebaliknya berkata, ALLAH menggalakkan dan menyuburkan perbuatan sedekah.

“Riba itu adalah manifestasi kezaliman dalam ekonomi. Apa penyelesaian kepada riba ini, maka di sinilah datangnya infak dalam bentuk sedekah, hibah, wakaf. Ini merupakan solusi kepada permasalahan dalam ekonomi sekarang.

“Segala persaingan tidak adil daripada pengagihan kekayaan ini tercetus kerana ketamakan. Infak itu sendiri memberi mesej kepada manusia khususnya orang Islam bahawa rezeki yang ALLAH berikan digunakan ke jalan kebaikan.

“Ini mencetuskan anjakan lain kerana kita manusia hidup di dunia bukan selama-lamanya, kerana kita ada misi dan visi di mana kita mahu mendapatkan rezeki untuk dijadikan pahala dan seterusnya menjadi bekalan di akhirat,” katanya pada Wacana Al-Quran Siri 6 bertajuk Riba Undang Bala di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf yang disiarkan dalam platform digital Sinar Harian semalam.

Wacana tersebut turut menampilkan Ketua Jaminan Kualiti, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dan Kewangan Islam (ISRA), Dr Marjan Muhammad; Ketua Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail selaku moderator dan qari My #QuranTime, Ustaz Mohamad Husaini Mahmur yang memperdengarkan Surah Al- Balad.Menurut Amir, wakaf dan infak dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW sehingga kepada pemerintahan Khalifah Abbasiyah.“Umat Islam dididik menjadi pemberi kerana berkait dengan ganjaran di akhirat kelak.

Dari kiri: Fazrul, Amir, Marjan dan Mohamad Husaini ketika bersiaran dalam program Wacana Al-Quran bertajuk Riba Undang Bala di Dewan Karangkraf Shah Alam semalam.
Dari kiri: Fazrul, Amir, Marjan dan Mohamad Husaini ketika bersiaran dalam program Wacana Al-Quran bertajuk Riba Undang Bala di Dewan Karangkraf Shah Alam semalam.

“Disebabkan kefahaman jelas tentang wakaf ini umat Islam pada ketika itu berlumba-lumba untuk memberi dan buat kebajikan untuk saham akhirat. Ini patut kita faham di mana kita mahu jadi tangan memberi bukan menerima,” katanya.

Mengulas lanjut, Amir berkata, potensi wakaf di seluruh negara Islam sangat besar dan mengambil contoh di Malaysia, terdapat sebanyak 33,000 ekar tanah yang telah diwakafkan.

“Akan tetapi daripada jumlah itu hanya 15 peratus diusahakan. Selebihnya masih belum diusahakan.

“Terdapat beberapa faktor mengapa ia tidak diusahakan; antaranya tanah tersebut tidak komersial, kecil dan berada di kampung-kampung. Oleh sebab itu, tanah dibiarkan tanpa diusahakan,” katanya.

Selain itu, kata beliau, cabaran yang dihadapi bagi mengusahakan tanah wakaf ialah kekangan kewangan yang dihadapi oleh Majlis Agama Islam negeri.

“Sebagai contoh tanah komersial di kawasan strategik Pulau Pinang, Majlis Agama Islam negeri kurang dana untuk membangunkan tanah tersebut untuk dijadikan pusat beli-belah atau bangunan perniagaan dan memerlukan suntikan dana daripada kerajaan.

“Sebab itu kami berusaha mewujudkan tabung bagi sumbangan dan kerjasama antara masyarakat, korporat dan kerajaan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!