AirAsia catat penurunan 85 peratus jumlah penumpang

Jumlah penumpang AirAsia Group Bhd (AirAsia) susut sebanyak 85 peratus kepada 1.91 juta pada suku ketiga 2020 daripada 13 juta pada suku yang sama tahun lalu.
Jumlah penumpang AirAsia Group Bhd (AirAsia) susut sebanyak 85 peratus kepada 1.91 juta pada suku ketiga 2020 daripada 13 juta pada suku yang sama tahun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah penumpang AirAsia Group Bhd (AirAsia) susut sebanyak 85 peratus kepada 1.91 juta pada suku ketiga 2020 daripada 13 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Di sebalik pandemik koronavirus (Covid-19), faktor muatan AirAsia berkurangan sebanyak 18 mata peratusan (ppts) tahun ke tahun kepada 66 peratus, kata syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tempoh bulanan, metrik operasi utamanya meningkat pada bulan September berbanding Julai dengan mencatatkan jumlah penumpang yang lebih tinggi dalam operasinya di Malaysia, India dan Thailand, ia meningkat masing-masing sebanyak 36 peratus, 79 peratus dan 65 peratus.

Ia berkata, faktor muatan untuk kumpulan itu meningkat 7.0 ppts pada bulan September berbanding bulan Julai.

"Peningkatan ini menunjukkan trend kenaikan yang kukuh untuk permintaan bagi perjalanan udara di pasaran utama untuk kumpulan tersebut," katanya.

AirAsia Malaysia beroperasi pada tahap 52 peratus daripada kapasiti domestiknya pada September berbanding 40 peratus pada Julai kerana permintaan perjalanan berada pada trajektori menaik sejak suku kedua berikutan kelonggaran terhadap perjalanan antara negeri.

AirAsia Malaysia mencapai faktor muatan sebanyak 68 peratus dengan mencatat hampir 1.8 juta penumpang pada suku tersebut.

Walaupun kapasiti dikurangkan pada bulan Oktober susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dilaksanakan kerajaan, AirAsia sedang berusaha untuk pulih kepada tahap 60 peratus pada suku keempat sama seperti tempoh sebelum penularan Covid-19 dalam kapasiti domestik.

Artikel Berkaitan:

Faktor muatan AirAsia Indonesia turun sebanyak 36 ppts kepada 49 peratus pada suku ketiga 2020 manakala AirAsia Filipina beroperasi pada tahap hanya lima peratus daripada kapasiti tahun lalu pada suku yang dikaji. - Bernama