X

Kindly register in order to view this article
!

Mahu tunai umrah jika menang RM60,000

Nik Nur Ezzaidah tidak pernah ketinggalan melanggan akhbar Sinar Harian untuk dijadikan sebagai bahan bacaan ketika seharian menjual kuih di Pasar Besar Siti Khadijah.
A
A

KOTA BHARU - Seorang peniaga kuih-muih di Pasar Besar Siti Khadijah di sini tidak melepaskan peluang menyertai peraduan Sinar Harian di Hatiku untuk memenangi hadiah wang tunai RM60,000 bagi memenuhi hasrat menunaikan ibadah umrah.

Peniaga, Nik Nur Ezzaidah Nik Mat, 33, berkata, setiap hari dia membeli akhbar Sinar Harian dan mengisi penyertaan bagi mencuba nasib untuk meraih wang tunai tersebut.

Katanya, dia sememangnya pembaca setia Sinar Harian dan melanggan akhbar itu pada setiap hari untuk dibaca di gerai kuih-muihnya.

“Saya biasanya baca akhbar Sinar Harian ketika berniaga antara jam 7 pagi sehingga 6 petang.

“Apabila melihat peraduan ini di akhbar, jadi saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tau kalau-kalau rezeki saya menang RM60,000, boleh saya guna untuk tunaikan umrah,” katanya semalam.

Menurutnya, ibu bapanya turut sama membaca Sinar Harian dan mendorongnya untuk tidak ketinggalan menyertai peraduan itu berikutan peluang untuk menang adalah tinggi.

“Sekarang lebih ramai yang memilih untuk membaca berita dalam talian, tetapi saya tetap memilih akhbar dan kadang-kadang tetap membaca berita melalui telefon pintar.

“Usaha untuk terus mengekalkan kewujudan akhbar bercetak perlu diteruskan dan penganjuran peraduan dapat menggalakkan orang ramai untuk terus membeli akhbar,” katanya.

Nik Nur Ezzaidah berkata, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Sinar Harian kerana menghargai pembaca setia dengan mengadakan pelbagai jenis peraduan dan berkongsi rezeki.

Nik Nur Ezzaidah (kiri) bersama rakan mengisi borang penyertaan Peraduan Sinar Harian di Hatiku ketika berniaga kuih-muih di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu semalam untuk meraih kemenangan wang tunai RM60,000.
Nik Nur Ezzaidah (kiri) bersama rakan mengisi borang penyertaan Peraduan Sinar Harian di Hatiku ketika berniaga kuih-muih di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu semalam untuk meraih kemenangan wang tunai RM60,000.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!