X

Kindly register in order to view this article
!

Malam penentu hala tuju UMNO

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tiba di Menara Dato' Onn, PWTC di Kuala Lumpur malam ini
A
A

KUALA LUMPUR - Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini terus menjadi tumpuan malam ini dengan kehadiran pemimpin-pemimpin Majlis Tertinggi UMNO bagi mengadakan mesyuarat yang bakal menentukan hala tuju parti tersebut.

Mesyuarat dijadualkan bermula 8.30 malam, namun sehingga kini masih terdapat beberapa pemimpin UMNO yang baru tiba.

Antara yang sudah memasuki bangunan ialah Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Turut kelihatan ialah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Mesyuarat berkenaan dijangka akan memutuskan sama ada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin atau sebaliknya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!