800 pelajar terima manfaat empower ECER

Sebahagian pelajar gembira menerima modul pembelajaran yang interaktif dan boleh dimanfaatkan sebagai persediaan menghadapi SPM 2020.
Sebahagian pelajar gembira menerima modul pembelajaran yang interaktif dan boleh dimanfaatkan sebagai persediaan menghadapi SPM 2020.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 800 pelajar terpilih daripada keluarga B40 di Kelantan menerima manfaat dari program empower Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam usaha memantapkan persediaan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pegawai Eksekutif Jabatan Pengurusan Korporat, Kualiti dan Alumni Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Nur Syakirah Rosli berkata, penyerahan bahan pembelajaran empower ECER telah dilaksanakan di empat daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Machang, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Menurutnya, berikutan pandemik koronavirus (Covid-19), ECER dengan kerjasama iCEPS Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengambil inisiatif menyediakan bahan pembelajaran intensif dalam bentuk modul pembelajaran, penggunaan peranti elektronik On the Go (OTG) yang membekalkan video interaktif dan info grafik kepada setiap pelajar terpilih bagi membantu keberkesanan kelangsungan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah terlibat.

“Inovasi medium pembelajaran yang dibekalkan bukan sahaja dapat dimanfaatkan penggunaannya di sekolah tetapi pelajar juga boleh mengakses bahan-bahan tersebut di rumah dengan bimbingan guru secara online mahupun offline.

“Antara modul pemantapan akademik yang dijalankan adalah modul empowerEDUCATION, empowerWORKSHOP, English Booster dan Boot-Up Mathematics yang dijalankan dalam tempoh September 2020 hingga Januari 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penyerahan modul pembelajaran kepada gru pembimbing Program empower ECER tahun 2020 di Tumpat.
Penyerahan modul pembelajaran kepada gru pembimbing Program empower ECER tahun 2020 di Tumpat.

Nur Syakirah berkata, pelajar-pelajar didedahkan dengan program interaktif yang memfokuskan pengukuhan dan penguasaan subjek bahasa Inggeris dan Matematik bagi membantu kumpulan terbabit mendapatkan tips belajar yang berkualiti setanding pelajar di bandar.

“Melalui pengisian ilmu ini diharapkan dapat membina minda sekaligus memberikan semangat baru untuk terus berusaha belajar ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Majlis Pelarasan Takwim Akademik dan Pembelajaran Abad Ke-21 empower ECER tahun 2020 yang berlangsung Ogos lalu telah mengumpulkan guru-guru penyelaras, guru-guru pembimbing, guru-guru penggubal modul Program empower ECER, wakil Pejabat Pendidikan Daerah dan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK).

Program tersebut dirasmikan Timbalan Pengarah JPNK, Mohd Hassany Hashim dan turut dihadiri Pengarah iCEPS UiTM Shah Alam, Shira Haniza Yaakop.

Sementara itu, Mohd Hassany berkata, pelajar perlu mempersiapkan diri dari segi aspek mental dan fizikal secara menyeluruh bagi memastikan mereka dapat menjawab peperiksaan dengan baik kerana SPM merupakan titik permulaan kejayaan pada masa akan datang.

Mohd Hassany (dua dari kiri) dan Profesor Ir Abdul Rahman (tengah) merupakan Penolong Canselor UiTM ketika menghadiri perasmian Program empower ECER Latihan Akademik tahun 2020.
Mohd Hassany (dua dari kiri) dan Profesor Ir Abdul Rahman (tengah) merupakan Penolong Canselor UiTM ketika menghadiri perasmian Program empower ECER Latihan Akademik tahun 2020.