X

Kindly register in order to view this article
!

Maahad Taqaddum Maarif jadi pilihan utama

Maahad Taqadum Maarif menjadi pilihan ibu bapa untuk pengajian anak-anak.
A
A

KOTA BHARU - Maahad Taqaddum Maarif menjadi pilihan utama ibu bapa untuk menghantar anak mereka menyambung pelajaran bagi Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam berikutan kecemerlangannya dalam melahirkan ramai pelajar yang berjaya sejak ia ditubuhkan pada tahun 1964.

Pengetuanya, Zulkifli Husain berkata, sudah ramai bekas pelajar maahad berkenaan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti sama ada dalam dan luar negara dan pencapaian itu begitu membanggakan banyak pihak.

Maahad Taqaddum Maarif Pasir Tumboh ditubuhkan pada 1 Mac 1964 oleh seorang tokoh ulama terkemuka, Tuan Guru Abdul Aziz @ Majid Yaacob dan Daud Yusoff dilantik sebagai pengetua pertama.

Kata Zulkifli, disebabkan permintaan untuk kemasukan pelajar bertambah setiap tahun, sebuah bangunan baharu dibina untuk keselesaan pembelajaran yang kini mempunyai 21 kelas dengan 792 pelajar dan bilangan tenaga pengajar pula seramai 46 orang.

"Turut menjadi kebanggaan maahad ini, apabila bangunan tersebut dirasmikan pada 27 Februari 2018 oleh Pemangku Raja Kelantan ketika itu, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra. Antara kelebihan lain maahad ini adalah kedudukannya yang terletak antara Pondok Pasir Tumboh dan Bandar Satelit Bandaraya Islam.

“Bagi mereka yang berminat untuk belajar di sini boleh membuat pendaftaran dengan menghubungi talian 013-9313881 dan 09-7641959,” katanya.

Menurut beliau, antara kejayaan dicapai ialah Anugerah kecemerlangan Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan kategori pelajar Mithali Lelaki sekolah Bantuan Hari Yayasan Islam Kelantan kepada Aslam Husaini Meliana yang mendapat 10 Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia 2015.

Selain itu, seorang pelajarnya, Luqman Al-Haqim Che Madi menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Menengah Ugama (SMU) pada 2019 bagi Kategori Maahad Kerajaan setelah mendapat 10 Mumtaz.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!