X

Kindly register in order to view this article
!

Wujud rangkaian penyeludupan PATI: Polis Johor

Ayob Khan Mydin Pitchay
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor tidak menolak kemungkinan wujudnya rangkaian penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berikutan masih terdapat cubaan membolosi perairan Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan melakukan siasatan samada terdapat penglibatan pegawai dan penguat kuasa bersekongkol dalam kegiatan itu.

Katanya, sejak 1 September sehingga semalam, seramai 56 individu ditahan dalam Op Benteng terdiri daripada 17 tekong dan 39 PATI berusia dari 21 sehingga 57 tahun di sekitar pantai timur dan pantai barat.

"Daripada jumlah itu seramai 43 individu ditahan di sekitar pantai timur dan 13 lagi di kawasan Pantai Barat Johor, selain rampasan turut membabitkan sebanyak enam kenderaan darat dan sebuah bot.

"Antara 22 April lalu hingga semalam, Op Benteng berjaya membuat tangkapan seramai 537 individu, dan 439 daripadanya ditahan di sekitar Pantai Timur dan 98 lagi di kawasan Pantai Barat Johor, turut dirampas 42 kenderaan darat serta sembilan bot," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, hari ini.

Menurut Ayob Khan lagi, sebanyak 44 kertas siasatan telah dibuka iaitu 40 daripadanya sudah dituduh (mahkamah) dan empat masih dalam siasatan serta tindakan lanjut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!