Dua pelajar ditahan berlumba di lebuh raya

tigar daripada empat lelaki yang ditahan kerana berlumba di Lebuhraya BORR malam tadi.
tigar daripada empat lelaki yang ditahan kerana berlumba di Lebuhraya BORR malam tadi.
A
A
A

BUTTERWORTH - Empat lelaki termasuk dua pelajar sekolah ditahan polis ketika sedang berlumba motosikal di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) di sini malam tadi.

Mereka berusia di antara 16 hingga 20 tahun ditahan sepasukan polis ketika menjalankan Op Samseng Jalanan di kawasan berkenaan bermula jam 5 petang sehingga 11.59 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, empat lelaki itu dilihat berlumba sesama sendiri di kawasan lebuh raya berkenaan dari rumah tol menghala ke pusingan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini.

Menurutnya, tindakan menunggang motosikal secara melulu bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah pengguna jalan raya yang lain.

Salah seorang daripada empat lelaki yang ditahan kerana berlumba di Lebuhraya BORR malam tadi.
Salah seorang daripada empat lelaki yang ditahan kerana berlumba di Lebuhraya BORR malam tadi.

"Sebelum tangkapan dibuat, pasukan polis terlebih dahulu melakukan pemantauan terhadap tingkah laku mereka yang menjadikan lebuh raya berkenaan sebagai tempat untuk berlumba.

"Mereka ditahan selepas berhentikan motosikal di tepi lebuh raya dan pemeriksaan mendapati dua lagi penunggang yang ditahan bekerja sebagai operator kilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noorzainy berkata, kesemua mereka dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.

Artikel Berkaitan: