Arteta akui kecewa Arsenal persia peluang

Vardy (kiri) berusaha melepasi kawalan pemain Arsenal, Gabriel pada aksi liga di Stadium Emirates.
Vardy (kiri) berusaha melepasi kawalan pemain Arsenal, Gabriel pada aksi liga di Stadium Emirates.
A
A
A

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta kecewa apabila pemain-pemain The Gunners mempersiakan deretan peluang ketika tewas tipis 1-0 kepada Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates.

Malah menurut pengendali berusia 38 tahun itu, pemain-pemain kelab London berkenaan seolah-olah hilang hala tuju sepanjang tempoh melayan The Foxes kendalian Brendan Rodgers tersebut.

“Pada perlawanan ini pemain-pemain tidak mempunyai penyudah tajam terhadap setiap tindakan penyudah mereka dan paling malang adalah kerana hantaran tidak mempunyai hala tuju.

“Jika dilihat pemain-pemain tidak memiliki kesinambungan yang cukup dalam permainan masing-masing, mereka juga tidak melakukan hantaran ke dalam kotak penalti lawan dengan sempurna.

“Ini bukanlah gaya permainan sebenar Arsenal dan keputusan perlawanan ini menunjukkan banyak lagi perkara dilakukan pemain-pemain menyelesaikan masalah ini dengan segera,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Pada perlawanan itu, tonggak gantian minit ke-60, The Foxes, Jamie Vardy tidak menunggu lama untuk meledak gol pada minit 80 sekali gus menoktahkan memberikan kemenangan pertama Leicester City di laman The Gunners dalam tempoh 47 tahun.

Ini kekalahan ketiga anak buah Arteta selepas mengharungi enam perlawanan yang kini mengumpul sembilan mata manakala bagi skuad Rodgers ini kemenangan keempat liga selepas enam perlawanan dengan 12 mata.

Bagaimanapun Arteta memuji semangat juang dipamerkan pemain-pemain kelab London itu apabila kreatif dalam mencipta gerakan memburu tiga mata berbanding pelawat.

Artikel Berkaitan:

“Pada babak pertama sahaja Arsenal berpeluang menjaringkan beberapa gol berbanding Leicester City yang gagal mencipta sebarang percubaan berbahaya kepada Arsenal.

“Saya sangat gembira melihat aksi babak pertama, cara kami menekan dan mengasak pemain-pemain The Foxes menyebabkan mereka cukup terkesan,” katanya.