X

Kindly register in order to view this article
!

Mesyuarat khas Kabinet: Menteri sepakat kunci mulut

Hishammuddin ketika melalui pintu keluar bangunan Perdana Putra tadi.
A
A

PUTRAJAYA - Kesemua menteri bersepakat untuk tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung agenda mesyuarat khas Kabinet yang berlangsung selama lebih dua jam tadi.

Ketika didekati media melalui pintu keluar bangunan Perdana Putra, kenderaan yang membawa menteri hanya terus berlalu.

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya sekadar menurunkan cermin kenderaannya dan tersenyum.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

"Nak pergilah ni. Dah lambat. (Mesyuarat) dah mula," katanya.

Terdahulu, mesyuarat khas Kabinet bermula kira-kira jam 11.30 dan berakhir jam 2 petang.

Sebelum itu, Muhyiddin meluangkan masa mengadakan pertemuan selama dua jam dengan presiden parti gabungan Perikatan Nasional (PN) Yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua presiden parti PN selesai bertemu Muhyiddin

Pertemuan parti gabungan PN di pejabat Muhyiddin


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!