X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin letak jawatan atau pecat dua menteri kanan: Wong Chen

Kenyataan Wong Chen dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan, dua menteri kanan yang didakwa dapat mempengaruhi keputusan Perdana Menteri dipecat sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan meletak jawatan.

Wong Chen yang merupakan Ahli Parlimen Subang mendakwa, wujud 'cakap-cakap' bahawa Muhyiddin dipengaruhi oleh dua menteri kanan tertentu.

“Sama ada Perdana Menteri meletak jawatan atau beliau pecat dua menteri kanan susulan usaha berani ini untuk menumbangkan demokrasi di Malaysia.

"Itu adalah penutupan yang sesuai untuk bab 'krisis darurat' yang buruk ini. Pasti ada akibat dari tindakan serius tersebut atau negara kita yang tercinta akan terus menderita dengan permainan politik yang tidak sopan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Wong Chen, sebahagian besar rakyat percaya peletakan jawatan oleh Muhyiddin dapat menamatkan krisis politik negara secara rasmi.

Dalam pada itu beliau mendakwa, dalam sejarah politik Malaysia, adalah merupakan kali pertama Raja-raja menolak usul seorang Perdana Menteri.

Ia susulan kerajaan dilaporkan mencadangkan pelaksanaan darurat bagi menangani peningkatan kes jangkitan koronavirus (Covid-19) sejak kebelakangan ini sekali gus dapat menjamin kestabilan politik.

Bagaimanapun Istana Negara semalam mengumumkan, bahawa cadangan kerajaan mengisytiharkan darurat ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas berbincang dengan Majlis Raja-Raja.

Dalam satu kenyataan, Yang di-Pertuan Agong percaya kerajaan berjaya menangani wabak Covid-19 dan tidak ada keperluan darurat diisytihar di seluruh negara atau mana-mana bahagian di Malaysia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!