Penagih terjun laut elak dicekup

Bot pancing yang dirampas PPM selepas ditinggalkan suspek.
Bot pancing yang dirampas PPM selepas ditinggalkan suspek.
A
A
A

LABUAN - Seorang penagih dadah sanggup bergadai nyawa terjun ke laut bagi mengelak daripada ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Ujung Pasir semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, lelaki terbabit bagaimanapun berjaya meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran anggota PPM yang membuat rondaan Op Benteng Covid-19 di kawasan itu.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Labuan, Inspektor Shafiq Rezza Rahim berkata, sebuah bot pancing dilihat di kawasan berkenaan dan sepasukan anggota yang membuat rondaan cuba menahan bot terbabit untuk pemeriksaan.

"Ketika cuba menghampiri bot pancing itu, juragan bot bertindak terjun ke laut dan ekoran kejadian itu, anggota PPM melakukan pencarian dan pemeriksaan sekitar kawasan untuk mengesan suspek.

Dadah jenis syabu yang ditemui dalam kotak rokok.
Dadah jenis syabu yang ditemui dalam kotak rokok.

"Bagaimanapun usaha mereka gagal apabila suspek dipercayai meloloskan diri di kawasan bakau berdekatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap bot pancing itu berjaya menemui satu gram dadah jenis syabu dipercayai milik suspek.

"Dadah itu ditemui dalam satu kotak rokok dipercayai untuk kegunaan suspek.

Artikel Berkaitan:

"Bot bersama enjin dirampas dan dibawa ke markas operasi PPM Labuan untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM5,150 dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.