X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Ronaldinho disahkan positif Covid-19

Bintang bola sepak Brazil Ronaldinho disahkan dijangkiti koronavirus (Covid-19).
A
A

ISTANBUL - Bintang bola sepak Brazil Ronaldinho pada Ahad mengesahkannya dijangkiti koronavirus (Covid-19), lapor Agensi Anadolu.

"Saya menjalani ujian saringan dan didapati positif Covid-19. Saya baik-baik saja, tanpa gejala, tetapi mesti meninggalkan acara. Tidak lama lagi kita akan berjumpa semula," kata Ronaldinho di Instagram.

Ronaldinho akan menjalani kuarantin kendiri di Belo Horizonte, ibu kota Minas Gerais di tenggara Brazil.

Beliau sudah menjaringkan 33 gol dalam 97 perlawanan untuk negaranya antara 1999 dan 2013.

Pemain berusia 40 tahun itu pernah dianugerahkan Ballon D'or pada 2005.

Beliau bersara daripada bola sepak profesional pada 2018. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!