Henti politiking: Pemuda UMNO kemuka 5 cadangan

ASYRAF WAJDI
ASYRAF WAJDI
A
A
A

Menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Tuanku Majlis Raja-Raja, diharapkan semua Ahli-ahli Politik dapat mengambil pengajaran dan memahami maksud tersirat agar dihentikan segera segala politicking yang boleh membinasakan negara dan menyusahkan rakyat.

Atas semangat yang disarankan Presiden UMNO untuk dilakukan segera gencatan politik dan rekonsilasi politik (perdamaian politik), Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan 5 perkara:

1. Perdana Menteri memanggil semua Presiden-Presiden Parti-Parti Politik sama ada Kerajaan mahupun pembangkang bagi diadakan rundingan pra-persidangan Parlimen bagi memastikan Belanjawan 2021 kelak diluluskan demi kesejahteraan rakyat.

2. Parlimen Batu Sapi dikekalkan status-quo sebagai kerusi Parti Warisan tanpa perlu ditandingi oleh mana-mana parti politik dalam Pilihanraya Kecil yang tidak boleh dielakkan sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

3. Libatkan wakil-wakil semua Parti-Parti tidak kira Kerajaan dan Pembangkang untuk berada dalam Jawatankuasa Khas bagi membantu menangani isu-isu berkaitan Pandemik Covid-19 dan dampak negatif yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

4. Rundingan bi-partisan (Kerajaan dan Pembangkang) boleh diadakan secara berkala untuk memfokuskan segala agenda untuk membantu rakyat yang dalam keresahan akibat kesan kegawatan ekonomi yang makin meruncing.

5. Menghentikan segala percaturan politik berebut kuasa dan jawatan Perdana Menteri buat sementara waktu sehingga selesai pertarungan rakyat menghadapi Pandemik Covid-19 dan kegawatan ekonomi.

Apa lagi harapan anda kepada ahli-ahli politik Malaysia?

* Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Artikel Berkaitan: