Pelakon Eiffel, I'm in Love meninggal dunia ketika hamil 6 bulan

Saphira Indah. Foto: Instagram Saphira Indah
Saphira Indah. Foto: Instagram Saphira Indah
A
A
A

PELAKON popular Indonesia, Saphira Indah, 32, dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas di sebuah hopsital di Jakarta, pada Rabu.

Bintang filem Eiffel, I'm in Love dan Eiffel, I'm in Love 2 ini meninggal dunia dalam keadaan dirinya sedang hamil enam bulan.

Difahamkan Saphira mengalami sesak nafas selama lima hari sebelum dimasukkan ke hospital.

Menurut suaminya, Rico Hidros Daeng, arwah isterinya pada mula hanya mengalami sesak nafas biasa, namun tenat pada hari kelima sebelum disahkan meninggal dunia.

“Sebenarnya dia hanya sesak nafas biasa. Tetapi pada hari kelima, keadaan bertambah teruk. Dia mengalami masalah pernafasan.

No Image Caption

“Tiada keluhan sakit yang teruk kerana setiap bulan, dia tidak pernah mengabaikan pemeriksaan kesihatan, malah makan minumnya turut dijaga rapi.

“Ajal datang dalam pelbagai cara. Kadang-kadang orang yang sedang duduk pun boleh meninggal dunia. Kita tidak mampu menjangkakan bila kita akan mati,” katanya sebagaimana yang dilaporkan media tempatan.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan jenazah Saphira atau nama lengkapnya Saphira Indah Julianti telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Budi Darma, Tanjuk Priok, Jakarta Utara sekitar 10 pagi tadi.

Laman Instagram milik Saphira terus dihujani dengan ucapan takziah dan doa dari para peminat dan pengikutnya sebagai tanda penghormatan terakhir buatnya.