Keputusan Agong stabilkan pasaran buruh

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menarik nafas lega dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, keputusan itu amat melegakan syarikat-syarikat di Malaysia kerana ia akan membantu mereka meneruskan perniagaan.

“MEF menyambut baik keputusan Yang di-Pertuan Agong yang melihat kepada keperluan kita untuk meneruskan kelangsungan perniagaan dan penyediaan pekerjaan kepada rakyat dalam masa yang mencabar ini.

“Langkah ini juga akan menstabilkan pasaran buruh supaya tidak berlaku pemberhentian pekerja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Shamsuddin berkata, walaupun sukar untuk kerajaan mengimbangi keperluan kehidupan dan kesihatan, namun pendirian yang diputuskan Seri Paduka adalah satu perkara yang tepat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya darurat diisytiharkan, akan ada sekatan-sekatan tertentu dan seterusnya dijangka menyebabkan kegiatan syarikat-syarikat terjejas.

Artikel Berkaitan: