Ayah jadi pembakar semangat

Radin Mohktar (kiri) bersama anaknya, Radin Mariah mengisi borang peraduan Sinar Harian Di Hatiku di rumah mereka di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat baru-baru ini.
Radin Mohktar (kiri) bersama anaknya, Radin Mariah mengisi borang peraduan Sinar Harian Di Hatiku di rumah mereka di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat baru-baru ini.
A
A
A

BATU PAHAT - Sikap ayah yang sentiasa positif memberikan kata-kata semangat agar selalu mencuba menjadi pendorong kepada seorang pembantu kesihatan di Kampung Parit Bilai di sini untuk menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

Radin Mariah Radin Mokhtar, 34, berkata, ayahnya, Radin Mokhtar Radin Abu Bakar, 63, memintanya menghantar borang peraduan yang lengkap diisi kerana percaya mungkin ada rezeki akan menang.

Menurutnya, ayahnya yang merupakan pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) sering berpesan supaya mencuba peraduan Sinar Harian setiap kali dia membaca akhbar Sinar Harian yang menjadi bahan bacaan mereka sekeluarga setiap hari.

“Cuba dulu kata ayah, mana tahu jika ada rezeki. Lagi pun tidak salah mencuba dan jangan lupa doa agar dimurahkan rezeki.

“Sejak Peraduan Sinar Harian bermula, saya tidak ketinggalan untuk turut serta dan menghantar borang peraduan,” katanya kepada Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Tambah Radin Mariah, soalan diberikan dalam Peraduan Sinar Harian Di Hatiku tidak sukar kerana berkisar kepada lokasi-lokasi tumpuan di negara ini yang kaya dengan pelbagai tarikan dan keunikannya.

“Seronok dapat jawab soalan yang dipaparkan dalam borang peraduan di samping dapat menguji pengetahuan am tentang Malaysia,” katanya.

Katanya, akhbar Sinar Harian telah menjadi pilihan bacaan buat mereka sekeluarga kerana bahan berita yang dipaparkan bersifat neutral dan seimbang.

“Ayah memang beli akhbar Sinar Harian hari-hari. Bahan berita dipaparkan menyeluruh dan merangkumi apa yang dikehendaki pembaca selain seimbang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian menganjurkan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku untuk menghargai para pembaca dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000.

Selain berpeluang meraih wang tunai, pembaca juga berpeluang memenangi hadiah iringan dan saguhati seperti motosikal, basikal, televisyen, kamera dron dan banyak lagi.

Peraduan berkenaan bertemakan ‘Malaysia Indah’ akan berlangsung sehingga 29 November 2020.