X

Kindly register in order to view this article
!

Perdana Menteri adakan mesyuarat Kabinet esok

Muhyiddin dikatakan memanggil jemaah menteri untuk menghadiri mesyuarat Kabinet esok.
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin difahamkan memanggil jemaah menteri untuk menghadiri mesyuarat Kabinet esok.

Antara agenda mesyuarat Kabinet itu dikatakan susulan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berakhir petang tadi dan perkembangan semasa Covid-19.

Sumber berkata, jemputan dikeluarkan pejabat Perdana Menteri sebelum mesyuarat Majlis Raja-raja itu tamat.

"Mesyuarat bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri bermula jam 9.30 pagi dan mengambil masa dua jam. Jemputan untuk mesyuarat Kabinet pula jam 11.30 pagi," katanya di sini hari ini.

Pada kebiasaannya, mesyuarat Kabinet diadakan setiap Rabu, manakala ketika sidang Dewan Rakyat ia diadakan pada hari Jumaat.

Muhyiddin dijangka mempengerusikan mesyuarat Kabinet bermula selepas selesai mesyuarat beliau bersama semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di pejabatnya esok.

Sementara itu, Pejabat Menteri Besar Selangor menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan bahawa pertemuan Perdana Menteri dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri itu dibatalkan.

"Mesyuarat yang dijadualkan dihadiri Menteri Besar pada pagi esok di Putrajaya dibatalkan penganjur. Terima kasih," katanya menerusi WhatsApp yang dihantar kepada media sebentar hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!