X

Kindly register in order to view this article
!

Pelitawanis TNB kumpul dana beli mesin dialisis

Siti Safinaz (dua dari kiri) melihat Mahdzir menyempurnakan gimik perasmian penyerahan mesin dialisis di Pusat Hemodialisis Syifa Cawangan Pendang hari ini.
A
A

PENDANG - Persatuan Wanita Kumpulan Tenaga Nasional Berhad (Pelitawanis TNB) Cawangan Alor Setar menyerahkan sebuah mesin dialisis untuk kegunaan pesakit di Pusat Hemodialisis Syifa Cawangan Pendang di sini hari ini.

Pengerusinya, Siti Safinaz Kamaruddin berkata, dana bagi membeli mesin yang berharga RM40,000 itu diperolehi daripada sumbangan ahli Pelitawanis pada Malam Amal Pelitawanis TNB 2020.

Beliau berkata, penyerahan mesin berkenaan bagi memenuhi permintaan 39 orang pesakit di pusat terbabit.

"Ketika ini mereka sudah mempunyai 12 buah mesin tetapi sebagai persediaan kita beri tambahan sebuah lagi sekiranya ada mesin yang rosak ketika rawatan dialisis dijalankan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis yang disempurnakan Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini hari ini.

Siti Safinaz berkata, persatuan yang dianggotai oleh kakitangan wanita dan isteri kakitangan TNB itu aktif menjalankan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama masyarakat.

"Seterusnya jika keadaan mengizinkan, kami bercadang untuk mengadakan program ceramah bulan kesedaran kanser payudara," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!