X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD: Yadim salur sumbangan bantu penjara

Mohd Afifi (dua dari kiri) menyerahkan bantuan kepada Mohamed Jusoh (dua dari kanan) di hadapan Penjara Pulau Pinang di Georgetown hari ini.
A
A

GEORGETOWN - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Pulau Pinang akan menyalurkan bantuan kepada semua penjara di utara Semenanjung Malaysia yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Penyelaras Yadim Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan berkata, kesemua bantuan diberikan kepada petugas penjara dan ahli keluarga yang terlibat sama seperti PKPD berikutan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, jelajah sempena program Yadim Peduli, Musaadah Covid-19 itu bermula di Penjara Reman Pulau Pinang dan disusuli Penjara Seberang Perai pada Rabu ini.

Tambahnya, pihaknya juga akan menyampaikan bantuan kepada Penjara Taiping dan Penjara Alor Setar.

"Hari ini kita mengagihkan 130 bungkusan mengandungi pelbagai barang keperluan kepada Penjara Reman Pulau Pinang untuk kegunaan petugas dan keluarga kakitangan yang terlibat dengan PKPD.

"Kita menyerahkan bantuan dalam bentuk barang keperluan asas; antaranya beras, gula, minyak dan masak. Kesemua bantuan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban mereka yang kini berada dalam kawasan PKPD," katanya ketika ditemui di hadapan bangunan Penjara Pulau Pinang di sini hari ini.

Mohd Afifi (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Mohamed Jusoh (dua dari kiri) di hadapan Penjara Pulau Pinang di Georgetown hari ini.
Mohd Afifi (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Mohamed Jusoh (dua dari kiri) di hadapan Penjara Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

Sumbangan disampaikan kepada Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Mohamed Jusoh Ismail.

Mohd Afifi berkata, sumbangan kepada penjara yang terlibat akan diteruskan dari semasa ke semasa.

"Pada hari ini, kami sampaikan dahulu sumbangan barangan keperluan harian kepada petugas di Penjara Reman Pulau Pinang. Selepas ini kita akan lihat apa lagi yang mereka perlu untuk kita sumbang.

"Kita akan pertimbang untuk sumbangan dalam bentuk lain seperti air mineral, kelengkapan perlindungan diri dan pelitup muka," katanya.

Sementara itu, Mohamed Jusoh berkata, sehingga kini, keperluan di Penjara Reman Pulau Pinang mencukupi.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai yang ingin membantu pihak penjara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!