Kanak-kanak enam tahun maut jatuh flat

Anggota polis mengangkat mayat mangsa di lokasi kejadian.
Anggota polis mengangkat mayat mangsa di lokasi kejadian.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut setelah tergelincir dari tingkat 15 flat yang didiami keluarganya dalam kejadian di flat Ladang Gemilang 1, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul, dipercayai tergelincir selepas memanjat tingkap di ruang tamu rumahnya.

Difahamkan sebelum kejadian ibu mangsa ke kedai berhampiran memandangkan mangsa, anak ketiga daripada empat beradik ketika itu sedang tidur dan bapanya keluar bekerja.

Menurut saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Siti Mafatehah Alias, 29, semasa kejadian dia sedang tidur di rumahnya di tingkat empat sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Mangsa dipercayai tergelincir dari tingkat atas flat 15 tingkat yang didiami keluarganya di Flat Ladang Gemilang 1 Kuala Terengganu petang tadi. (Saksi kejadian: Siti Mafatehah Alias)
Mangsa dipercayai tergelincir dari tingkat atas flat 15 tingkat yang didiami keluarganya di Flat Ladang Gemilang 1 Kuala Terengganu petang tadi. (Saksi kejadian: Siti Mafatehah Alias)

Katanya pada mula dia menyangkakan ada orang membuang sampah sebelum anaknya memaklumkan ada budak terjatuh.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Artikel Berkaitan: