40 pelajar, kakitangan STIAS negatif Covid-19

Pelajar terlibat dipindahkan ke pusat kuarantin.
Pelajar terlibat dipindahkan ke pusat kuarantin.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 40 individu melibatkan pelajar dan kakitangan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di Senawang yang ketika ini dikuarantin di asrama sekolah tersebut disahkan negatif wabak koronavirus (Covid-19).

Pengerusi Pengelola sekolah itu, Abdullah Abdol Razak berkata, keputusan itu adalah hasil laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pihak sekolah berhubung keputusan lanjut ujian saringan yang dilakukan pada 20 Oktober lalu.

"Daripada 40 individu tersebut, 17 daripadanya adalah pelajar manakala 23 lagi adalah kakitangan sekolah. Kesemua mereka juga tidak menunjukkan sebarang gejala.

"Bagaimanapun, mereka masih tidak dibenarkan pulang tetapi telah dipindahkan ke pusat kuarantin di Nilai lebih kurang jam 4.30 petang tadi sebagai langkah pencegahan bagi memastikan keadaan mereka benar-benar bebas jangkitan," katanya dalam satu kenyataan kepada media petang ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehubungan itu, pihak sekolah akan mengosongkan bangunan dan seluruh kawasan sekolah selewat-lewatnya pada petang ini sepertimana arahan yang dikeluarkan pihak KKM untuk menghentikan operasi sementara waktu.

Seramai 40 pelajar dan kakitangan sekolah didapati negatif Covid-19 dan dipindahkan ke pusat kuarantin.
Seramai 40 pelajar dan kakitangan sekolah didapati negatif Covid-19 dan dipindahkan ke pusat kuarantin.

"Ini bagi membolehkan proses sanitasi dan pembersihan dilakukan dan sekolah akan dibuka kembali setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang akan dimaklumkan kelak," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, untuk rekod, seramai 121 pelajar termasuk kakitangan di sekolah tersebut disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan yang dilakukan oleh pihak KKM.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua mereka kini ditempatkan di dua pusat kuarantin, iaitu 99 di Rembau, manakala 22 lagi di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan masyarakat terhadap ujian yang berlaku kepada pelajar dan kakitangan di sini dan memohon agar orang ramai sentiasa mendoakan kesembuhan dan kebaikan pelajar," katanya.