'Muhyiddin wajar berunding dengan Anwar dahulu'

Shahrir Samad
Shahrir Samad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar berunding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menentukan sebarang keputusan untuk negara sebelum bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mengemukakan cadangan.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata, sebarang langkah atau keputusan tersebut juga perlu secara bijaksana berpandu kepada Perlembagaan dan undang-undang.

"Keengganan Ketua Pembangkang untuk berkompromi secara politik supaya adanya gencatan politik untuk meluluskan bajet pentadbiran serta mengatasi kesan buruk wabak koronavirus (Covid-19) terhadap kesihatan dan kehidupan rakyat, barulah Perdana Menteri dan kerajaan terpaksa melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong

"Tidak salah Ketua Dewan iaitu Perdana Menteri berunding dulu dengan Ketua Pembangkang untuk mencapai kebijaksanaan itu," katanya menerusi hantaran terbaharu dalam Facebook beliau hari ini.

Shahrir bagaimanapun berkata, Ketua Pembangkang wajib mengutamakan kestabilan politik untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Veteran UMNO itu berkata, perubahan kerajaan patut dilakukan melalui pilihan raya umum (PRU) selepas wabak Covid-19 kembali reda.

Artikel Berkaitan: