Petunjuk jelas apabila orang politik berkuasa sepenuhnya:TMJ

- Foto ihsan Facebook HRH Crown Prince of Johor
- Foto ihsan Facebook HRH Crown Prince of Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keadaan politik yang sedang berlaku ketika ini adalah petunjuk jelas apabila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang-orang politik sahaja.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, dalam situasi hari ini apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan dan pemulihan ekonomi dapat terus bergerak dengan lancar.

"Semoga ALLAH memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilakan kuasa demi kepentingan peribadi.

"Inilah pentingnya sistem beraja di mana Raja-Raja Melayu berfungsi memberi kelebihan check and balance dalam pentadbiran negara. Doa dan harapan saya adalah kestabilan," katanya dalam satu hantaran terbaharu menerusi Facebooknya, hari ini.

Hari ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat menghadiri Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Raja-raja Melayu akan mengadakan pertemuan khas di Istana Negara petang ini bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam pertemuan itu, Raja-raja Melayu memperincikan segala syor dibentangkan Perdana Menteri ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, kelmarin.

Artikel Berkaitan: