Sultan Selangor zahir ucapan takziah kemangkatan anakanda Sultan Brunei

Sultan Selangor zahir ucapan takziah kemangkatan anakanda Sultan Brunei
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kemangkatan anakanda Sultan Brunei
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan takziah di atas kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Perutusan takziah itu turut dizahirkan menerusi kemas kini di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.

"Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin dengan perasaan sedih berkenan menzahirkan perutusan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah anakanda Sultan Brunei Darussalam, Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul ‘Azim Ibni Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada 24 Oktober lalu," katanya.

Semalam, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut mendoakan agar roh Almarhum ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Artikel Berkaitan: