Tukang cat maut dalam kereta di R&R Tapah

Kakitangan kesihatan mengesahkan mangsa maut dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto PDRM
Kakitangan kesihatan mengesahkan mangsa maut dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto PDRM
A
A
A

TAPAH - [DIKEMAS KINI] Seorang tukang cat kenderaan ditemui mati dalam sebuah kereta yang diparkir di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan di sini, hari ini.

Ng Kar Weng, 26, ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta jenis Honda Jazz kira-kira jam 10.56 pagi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis menerima maklumat awal daripada orang awam yang menyatakan terdapat lelaki tidak sedarkan diri dalam kereta tersebut.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai pasu tanah berisi arang yang telah terbakar di ruang kaki penumpang bahagian belakang kereta tersebut.

“Tiada saksi mahupun kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati tiada kesan kecederaan atau unsur-unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

“Menurut bapa mangsa, anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak menceritakan apa-apa masalah kepada ahli keluarga selain tinggal sendirian di sebuah kondominium di Ipoh.

“Bedah siasat dijalankan di Hospital Tapah bagi mengetahui punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel Berkaitan: