X

Kindly register in order to view this article
!

Yang di-Pertuan Agong berangkat meninggalkan Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa berangkat meninggalkan Istana Negara pada jam 6.05 petang. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa berangkat meninggalkan Istana Negara pada jam 6.05 petang setelah selesai Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu hari ini.

Pertemuan khas bersama Al-Sultan Abdullah bermula sejak jam 2.30 petang.

Terdahulu setelah hampir tiga jam bersidang, kenderaan rasmi yang membawa Raja-Raja Melayu berangkat meninggalkan Istana Negara bermula jam 5.13 petang.

Kenderaan pertama yang berangkat pulang adalah kenderaan rasmi membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Lebih setengah jam kemudian, kenderaan rasmi membawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pula berangkat meninggalkan Istana Negara pada jam 5.48 petang.

Kenderaan pertama yang berangkat pulang adalah kenderaan rasmi membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Kenderaan pertama yang berangkat pulang adalah kenderaan rasmi membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Diikuti Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail (5.50 petang), Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (5.52 petang) dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (5.54 petang).

Ia disusuli Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (5.56 petang) dan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah (5.58 petang).

Pertemuan khas bersama Al-Sultan Abdullah hari ini membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutama mengenai penularan Covid-19, susulan daripada mesyuarat khas jemaah menteri yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Semalam, spekulasi mula tersebar bahawa kerajaan bakal mengisytiharkan darurat susulan mesyuarat khas tersebut yang dilaporkan turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang maklumat berhubung hasil pertemuan antara Raja-Raja Melayu yang berlangsung hari ini.

Difahamkan, hasil pertemuan hanya diumumkan oleh pihak Istana Negara melalui kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berangkat meninggalkan Istana Negara pada jam 5.52 petang.  -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berangkat meninggalkan Istana Negara pada jam 5.52 petang. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!