Amanah cadang PH berbincang segera elak darurat

SALAHUDDIN AYUB
SALAHUDDIN AYUB
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mencadangkan agar semua parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang lain untuk melakukan perbincangan segera bagi mengelakkan berlakunya pengisytiharan darurat.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pembangkang perlu berbincang dengan kadar segera agar boleh mengemukakan pelbagai pandangan konstruktif untuk menyelamatkan negara daripada pengisytiharan darurat.

"Saya percaya bahawa PH pasti boleh berperanan dalam mengemukakan cadangan yang bersesuaian kepada pihak kerajaan agar pengisytiharan darurat ini boleh dielakkan.

"Ingin saya tekankan di sini bahawa pengisytiharan darurat ini harus dielakkan kerana kesannya terlalu besar kepada pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis Raja-Raja Melayu mula bersidang

Raja-raja Melayu hari ini dilaporkan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara untuk membincangkan cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat bagi menangani penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang semakin membimbangkan.

Sumber Istana Negara berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa mesyuarat tersebut bertujuan bagi mendapatkan pandangan daripada semua raja berhubung pengumuman darurat.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beberapa menteri mempersembahkan cadangan berhubung pengisytiharan darurat kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz di Kuantan.

Artikel Berkaitan: