X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Covid-19: Dua lagi sekolah agama di Johor ditutup

TOSRIN JARVANTHI
A
A

JOHOR BAHRU - Dua Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di Kempas di bandar raya ini ditutup seminggu bermula hari ini susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di kawasan berkenaan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, penutupan berkenaan membabitkan Sekolah Agama Taman Cempaka dan Sekolah Agama Kempas yang ditutup hingga 31 Oktober ini.

Tosrin berkata, penutupan kedua-dua sekolah agama tersebut membabitkan seramai 2,862 murid, 43 guru dan lima kakitangan sekolah.

"Penutupan kedua-dua sekolah agama berkenaan dibuat atas nasihat dan saranan Kementerian Kesihatan.

"Sekolah Agama Taman Cempaka diarah ditutup selepas seorang murid Darjah Khas disyaki dijangkiti Covid-19 daripada ibunya yang disahkan positif wabak berkenaan. Murid berkenaan sudah menjalani ujian calitan dan masih menunggu keputusan.

"Penutupan Sekolah Agama Kempas pula dibuat susulan arahan penutupan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Mohd Rahmat yang berada berhampiran sekolah agama berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar mengumumkan kewujudan Kluster Kempas membabitkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor yang sudah menjangkiti lapan individu.

Pada 12 Oktober lalu Sekolah Kebangsaan (SK) Masai dan Sekolah Agama As-Syakirin, Masai ditutup selama tujuh hari berikutan terdapat kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!