PKPB: 33 kompaun dikeluarkan di Putrajaya

IPD Putrajaya mengeluarkan 33 kompaun atas kesalahan ingkar SOP PKPB sejak 14 Oktober lalu hingga semalam.
IPD Putrajaya mengeluarkan 33 kompaun atas kesalahan ingkar SOP PKPB sejak 14 Oktober lalu hingga semalam.
A
A
A

PUTRAJAYA - Polis mengeluarkan 33 kompaun di daerah ini atas kesalahan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 14 Oktober lalu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah gagal mengemukakan surat kebenaran merentas daerah, menaiki kenderaan melebihi jumlah ditetapkan selain merentas daerah tanpa permit.

"Bagi tempoh ini juga, kita telah menerima 2,337 permohonan rentas negeri.

"Daripada jumlah tersebut, 21 permohonan ditolak atas alasan tidak kukuh seperti pergi kebun, jumpa rakan dan ambil geran motosikal," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, bagi penguatkuasaan PKPB ini, pihaknya melaksanakan dua sekatan jalan raya statik di Lebuh Sentosa dan Persiaran Utara selain dua sekatan jalan raya bergerak setiap dua jam.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pihaknya mengeluarkan 32 kompaun bagi tempoh 14 Oktober sehingga semalam atas pelbagai kesalahan seperti mengabaikan penjarakkan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noorhisham Abdullah meminta orang ramai mematuhi SOP ditetapkan kerajaan dalam menangani gelombang ketiga penularan koronavirus (Covid-19).

Ini kerana, pandemik berkenaan tidak boleh dipandang remeh walaupun jentera perubatan negara mampu menanganinya dengan baik.

Artikel Berkaitan: