X

Kindly register in order to view this article
!

Pimpinan Wanita PKR cabar Muhyiddin

NURIN AINA
A
A

SHAH ALAM- Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan keutamaan kepada usul undi tidak percaya untuk dinaikkan sebagai usul pertama sebelum pembentangan bajet pada sesi Parlimen yang bakal bersidang pada 2 November ini.

Setiausaha Wanita Pusat, Nurin Aina berkata, ia sangat penting bagi membuktikan sama ada beliau benar-benar masih mempunyai majoriti atau tidak serta keabsahan yang tidak boleh diganggu gugat.

Menurutnya, kestabilan kerajaan mesti dijamin melalui proses demokrasi berparlimen.

“Hal ini supaya tidak memberi risiko terhadap Bajet 2021 yang kemungkinan gagal diluluskan kerana Muhyiddin tiada majoriti. Ini dapat kita saksikan sendiri kegagalan Kabinet Perikatan Nasional (PN) besar tetapi tidak menterjemahkan kualiti dan peranan yang wajib dimainkan demi kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: 15 soalan dan jawapan berkaitan darurat

PM menghadap Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota

Spekulasi darurat: Muhyiddin menghadap Agong

Nurin berkata, tindakan terdesak yang diambil oleh Kabinet PN yang diketuai oleh Perdana Menteri untuk terus kekal berkuasa telah mengesahkan bahawa kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan kuat, hebat dan meyakinkan daripada ahli-ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

“Kerajaan yang kuat diperlukan ketika negara mendepani cabaran pandemik koronavirus (Covid-19) dan krisis ekonomi yang semakin membimbangkan,” katanya.

Nurin berkata, ahli MPWP kini lengkap dengan pelantikan kesemua ketua wanita negeri - negeri selepas pelantikan Rubiah Onga sebagai Ketua Wanita Negeri Sabah.

“MPWP akan terus memberikan komitmen tinggi mengangkat suara rakyat, mendukung agenda reformasi dan memastikan penggubalan dasar baru yang dapat memberi solusi terhadap permasalahan rakyat,” katanya.

Anwar dakwa kerajaan guna alasan Covid-19 untuk kekal berkuasa


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!