Bapa bunuh anak terpaksa dipujuk masuk mahkamah

Mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak selama sebulan untuk pemerhatian.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak selama sebulan untuk pemerhatian.
A
A
A

PASIR PUTEH - Anggota polis terpaksa memujuk dan menenangkan seorang bapa yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Wan Roslan Wan Mustapa, 40, didakwa atas dua pertuduhan iaitu melakukan bunuh terhadap anak lelakinya berusia lapan bulan dan menyebabkan kecederaan terhadap isteri di Kampung Sungai Dua, Bachok, 13 Oktober lalu.

Wan Roslan yang memakai baju berwarna hijau tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.55 pagi.

Sejurus sampai, anggota polis yang mengiringi tertuduh terpaksa memujuk dan menenangkannya sebelum dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.

Wan Roslan hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asma’a Che Omar, sementara tertuduh diwakili peguam, Muhamad Izwan Ishak.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan bunuh menyebabkan kematian bayi lelaki, Wan Mohamad Afiq Zafwan Wan Roslan berusia lapan bulan dalam kejadian jam 10 pagi di Kampung Sungai Dua, Bachok pada 13 Oktober.

Artikel Berkaitan:

Anggota polis terpaksa memujuk dan menenangkan tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret, Pasir Puteh sebelum membawanya masuk ke mahkamah.
Anggota polis terpaksa memujuk dan menenangkan tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret, Pasir Puteh sebelum membawanya masuk ke mahkamah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua di lokasi dan tarikh yang sama, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isteri, Nor Hanifah Mohamad, 32, menggunakan sebatang penyapu.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut seksyen 324 dan dibaca bersama 326A.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua hukuman berkenaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak selama sebulan untuk pemerhatian.

Mahkamah turut menetapkan 24 November depan untuk sebutan semula dan penyerahan tiga laporan dokumen iaitu laporan psikiatri, bedah siasat dan laporan kimia.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa bunuh anak terpaksa diusung masuk mahkamah

Bapa dengar bisikan suruh bunuh anak

Mayat bayi dilumur garam, disorok dalam guni bawah dapur