X

Kindly register in order to view this article
!

Usah heret Agong, Majlis Raja-raja dalam krisis keyakinan rakyat: PKR

A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak seharusnya mengheret Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja ke dalam kancah krisis keyakinan rakyat terhadap mereka.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, krisis koronavirus (Covid-19) di Malaysia belum mencapai tahap 'darurat' yang memerlukan kerajaan mengisytiharkan darurat pentadbiran.

"Cadangan Proklamasi Darurat atau pembubaran Parlimen adalah langkah tidak bertanggungjawab. Cubaan mengisytiharkan darurat oleh kerajaan yang tidak mendapat sokongan rakyat adalah langkah diktator untuk terus mencengkam kuasa.

"PN tidak seharusnya mengheret Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja ke dalam kancah krisis keyakinan rakyat terhadap mereka.

"Jangan terus cuba berpaut kepada kuasa, sebaliknya ambil tindakan yang bermaruah dan letak jawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shamsul Iskandar, krisis keyakinan itu mesti diuruskan mengikut jalur Perlembagaan dan undang-undang.

Katanya, ini kerana kerajaan PN sudah tidak ada keabsahan di mana rakyat dan majoriti wakil rakyat kerajaan di Parlimen tidak mempunyai keyakinan terhadap Muhyiddin dan keseluruhan jemaah menteri.

"Oleh kerana mengadakan pilihan raya bukan satu pilihan ketika wabak Covid-19 sedang melanda, Tan Sri Muhyiddin mesti meletakkan jawatan.

"Penukaran Perdana Menteri dan kerajaan semasa wabak Covid-19 sedang melanda bukan sesuatu yang mustahil dilakukan. Ini ditunjukkan oleh Azmin Ali (Datuk Seri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), dengan Langkah Sheraton beliau yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH)," katanya.

Selain itu, Shamsul Iskandar turut mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini telah memperoleh keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

"Kini masanya untuk menyelamatkan Malaysia dengan mengembalikan mandat rakyat dan membentuk sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!