'Muhyiddin patut runding dulu dengan Ketua Pembangkang'

SHAHRIR ABD SAMAD
SHAHRIR ABD SAMAD
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya berunding terlebih dahulu dengan Ketua Pembangkang sebelum melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam menangani isu koronavirus (Covid-19).

Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, bukan menjadi satu kesalahan buat Muhyiddin selaku Ketua Dewan Rakyat untuk berbuat demikian.

ARTIKEL BERKAITAN Raja-raja Melayu bermesyuarat esok

[VIDEO] Spekulasi darurat: Muhyiddin menghadap Agong

Menurutnya, apabila rundingan bersama Ketua Pembangkang tidak menemui 'kata sepakat' barulah proses seterusnya boleh dilakukan iaitu melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

"Keengganan Ketua Pembangkang untuk berkompromi secara politik agar adanya 'gencatan politik' untuk meluluskan bajet pentadbiran serta mengatasi kesan buruk wabak Covid-19 terhadap kesihatan dan kehidupan rakyat, barulah Perdana Menteri dan kerajaan terpaksa melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Untitled
Untitled

Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, Ketua Pembangkang pula wajib mengutamakan keredaan politik untuk menyelamatkan rakyat dan negara dari mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perubahan kerajaan patut dilakukan melalui Pilihan Raya Umum selepas wabak Covid-19 kembali reda.

ARTIKEL BERKAITAN Tun M dakwa Muhyiddin, kerajaan PN guna darurat untuk kekal berkuasa