36,000 penduduk Kedah berdepan gangguan air

Kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang akan menyebabkan kira-kira 36,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air bermula jam 10 malam ini sehingga 10 pagi esok.- Foto 123RF
Kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang akan menyebabkan kira-kira 36,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air bermula jam 10 malam ini sehingga 10 pagi esok.- Foto 123RF
A
A
A

ALOR SETAR - Kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang dekat sini akan menyebabkan kira-kira 36,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air bermula jam 10 malam ini sehingga 10 pagi esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Mohd Suhaimi Mohd Jusoh berkata, pihak SADA memohon maaf di atas segala kesulitan yang bakal dihadapi semua pengguna di kawasan terbabit.

Menurutnya, antara pengguna yang bakal terjejas ialah di sepanjang jalan Hutan Kampung ke Jalan Langgar dan Jalan Langgar ke Bandaraya Alor Setar.

Katanya, turut terjejas penduduk di sepanjang Jalan Tanjung Bendahara, Jalan Teluk Wanjah dan kawasan sekitarnya.

"Projek berkenaan membabitkan kerja penukaran meter SIV KU6 (Kolam R2) di LRA Bukit Pinang serta kerja-kerja berkaitan yang dijangka bermula dari jam 10 malam ini hingga jam 10 pagi esok.

"Pengguna di kawasan terbabit dinasihat membuat persediaan awal dan menyimpan air serta menggunakannya secara bijaksana," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: