Lelaki tunggang motosikal dalam pasar raya

Video seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil membunyikan hon dalam sebuah pasar raya tular sejak malam tadi.
Video seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil membunyikan hon dalam sebuah pasar raya tular sejak malam tadi.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Gelagat seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil membunyikan hon dalam sebuah pasar raya di sini mengejutkan pengunjung semalam.

Video berdurasi 0.14 saat itu viral selepas dimuat naik di laman Facebook dan mendapat ratusan komen serta perkongsian sejak malam tadi.

Seorang pengawal keselamatan sebuah kedai emas di pasar raya itu, Amirul Asyraf Ibrahim, 20, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi semalam.

"Saya nampak penunggang motosikal itu masuk secara mengejut melalui laluan keluar pasar raya sambil dikejar pengawal keselamatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Amirul Asyraf berkata, lelaki yang turut memakai pelitup muka dan mengenakan topi keledar itu kemudian terus ke laluan belakang dan berpatah semula ke depan sebelum keluar dari pasar raya terbabit.

"Saya difahamkan lelaki itu mempunyai masalah mental, namun sejauh mana dakwaan itu tidak dapat dipastikan," katanya.

Sebelum ini, Amirul Asyraf yang menggunakan akaun nama Facebook, Amirul Kacaks memuat naik video itu hingga tular di beberapa laman Facebook.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini, polis tidak menerima sebarang aduan tentang perkara ini," katanya.