AMU pilihan pelajar perubatan

Kauseliah yang merupakan penuntut AMU kini menjalani pusingan klinikal di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Kauseliah yang merupakan penuntut AMU kini menjalani pusingan klinikal di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Asia Metropolitan University (AMU) menawarkan kemudahan bertaraf dunia dan profesor pakar dalam industri yang mampu memberi manfaat kepada penuntut ijazah perubatan di universiti itu.

Ijazah perubatan di AMU diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM), malah tenaga pengajar sentiasa berusaha memastikan semua syarat serta kualiti kurikulum berada pada tahap terbaik dan dipatuhi.

Selain itu, AMU juga diakreditasi oleh Accreditation Service for International Schools, Colleges and Universities (ASIC UK) sebagai status universiti premier dan akreditasi tersebut meletakkan AMU dalam peta pendidikan global.

AMU dengan kerjasama Yayasan Palan, sebuah organisasi kebajikan pendidikan yang diilhamkan oleh Tan Sri Dr R Palan berusaha meningkatkan pencapaian pendidikan bagi individu yang kurang bernasib baik.

Yayasan Palan menawarkan biasiswa MBBS berjumlah RM50,000 untuk penuntut cemerlang yang memerlukan bantuan.

Penuntut tahun lima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) AMU yang merupakan penerima biasiswa Yayasan Palan, Kauseliah Shagaran berkata, AMU memberikan pendidikan terbaik dengan yuran pengajian berpatutan.

“AMU menyediakan biasiswa untuk penuntut yang berkelayakan. Rakan saya mengesyorkan untuk memohon biasiswa Yayasan Palan dan dengan tunjuk ajar kakitangan AMU, saya berjaya mendapat biasiswa ini.

“Saya bersyukur kerana ia membantu meringankan beban kewangan saya, malah turut memberi inspirasi kepada saya untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat pada masa akan datang,” katanya yang kini menjalani pusingan klinikal di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.

Artikel Berkaitan: