X

Kindly register in order to view this article
!

Syor Tasik Bandar Damansara Kuantan jadi taman rekreasi baharu

Andansura bersama agensi berkaitan termasuk MPK mengadakan lawatan di tapak Tasik Bandar Damansara Kuantan semalam.
A
A

KUANTAN - Penduduk di taman perumahan Damansara Kuantan mencadangkan agar kawasan Tasik Bandar Damansara Kuantan di sini dijadikan taman rekreasi baharu di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, usul cadangan pembangunan tasik itu telah dikemukakan pengurusan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Damansara Kuantan dalam mesyuarat bersama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada 14 September lalu.

Menurutnya, usul itu telah diterima untuk dimasukkan dalam sebahagian pelan jangka panjang pembangunan Kuantan Bandar Lestari.

"Saya bersama beberapa agensi berkaitan telah mengadakan lawatan di kawasan berkenaan dan mendapati tasik yang berkeluasan 10 hektar itu berpotensi untuk dibangunkan sebagai taman rekreasi baharu.

"Kawasan itu boleh dijadikan tempat rekreasi dan boleh dibina laluan untuk berjoging lebih kurang tiga kilometer. Jika ia dibangunkan pasti akan memberi satu lagi taman rekreasi kepada warga Kuantan khususnya penduduk di Sungai Karang, Damansara dan Batu Hitam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Semalam, Andansura bersama MPK, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Hitam dan pelbagai agensi berkaitan melawat kawasan tasik itu.

Beliau berkata, hasil daripada lawatan itu, pihak MPK bersetuju untuk membawa cadangan tersebut ke Pejabat Tanah dan Galian terlebih dahulu.

Katanya, langkah tersebut perlu dilakukan bagi menilai status pemilikan tanah dan pasti proses ini akan mengambil masa yang lama untuk merealisasikan projek ini.

"Jika boleh segera majukan tapak ini supaya ia menjadi satu taman rekreasi yang diurus dengan baik. Sekarang ini kawasan ini adalah hutan dan jadi tempat pembuangan sampah.

"Tetapi kawasan ini masih digunakan sebagai laluan berbasikal, cuma tidak diselenggarakan dengan baik. Justeru antara langkah awal ialah dengan mengadakan gotong-royong secara bersama bagi memastikan kawasan tasik ini digunakan dengan lebih selamat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!