X

Kindly register in order to view this article
!

PKPB: GLC enggan patuh saranan kurangkan kapasiti pekerja

Ghazalie Ansing
A
A

KOTA KINABALU - Beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) didakwa enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan saranan pihak kerajaan supaya mengurangkan kapasiti tenaga kerja sebanyak 50 peratus ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengarah Komunikasi UMNO Sabah, Ghazalie Ansing berkata, pihaknya menerima pelbagai rungutan dan aduan berhubung GLC berkenaan.

Menurutnya, UMNO Sabah risau dengan keadaan dan situasi koronavirus (Covid-19) yang melanda negara ini khasnya di Sabah.

"UMNO Sabah telah menerima beberapa rungutan dan aduan daripada segelintir rakyat Sabah yang bekerja di beberapa sektor khasnya di sektor yang tidak seberapa penting.

"Aduan itu mengenai beberapa GLC yang enggan mematuhi SOP dan saranan pihak kerajaan yang mana kapasiti tenaga kerja hendaklah dikurangkan sebanyak 50 peratus manakala sektor tidak penting boleh bekerja dari rumah," katanya dalam satu kenyataan.

Ghazalie berkata, semua mengetahui Kota Kinabalu adalah salah satu zon merah dan merekodkan antara jumlah jangkitan Covid-19 yang tertinggi di negeri ini.

"UMNO Sabah menyarankan semua GLC mematuhi saranan kerajaan untuk mematuhi SOP dan arahan yang dikeluarkan kerajaan supaya dapat bersama-sama membendung penularan Covid-19," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!