Warga emas melecur badan cuba padam api

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran rumah Hanafiah di Kampung Tanjung Stan, Kubang Kerian petang tadi.
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran rumah Hanafiah di Kampung Tanjung Stan, Kubang Kerian petang tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang warga emas melecur di badan ketika cuba memadamkan kebakaran di tingkat atas rumahnya di Kampung Tanjung Stan, Kubang Kerian di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Hanafiah Saamah, 67, menyedari kejadian tersebut selepas mendengar jeritan seorang saudaranya yang memberitahu rumahnya terbakar.

Hanafiah yang juga pesara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam berkata, ketika kejadian dia berada di belakang rumah sedang memberi makan kepada biri-biri peliharaan.

“Saya terus berlari masuk ke dalam rumah dengan membawa sebaldi air dan cuba memadam api di tingkat atas tapi tidak berjaya kerana api marak ketika itu.

"Tingkat atas rumah melibatkan tiga bilik dan ruang tempat isteri saya menjahit di tingkat bawah tidak dapat diselamatkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Che Esah (kanan) masih terkejut dengan kejadian kebakaran rumahnya di Kampung Tanjung Stan, Kubang Kerian hari ini.
Che Esah (kanan) masih terkejut dengan kejadian kebakaran rumahnya di Kampung Tanjung Stan, Kubang Kerian hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian itu Hanafiah yang ketika itu hanya memakai kain pelekat tanpa baju melecur pada bahu kanan, lengan kiri dan betis kiri.

"Masa itu, isterinya saya tiada di rumah, hanya dua cucunya berusia dua tahun dan tujuh bulan serta seorang anak saya berada di rumah.

Artikel Berkaitan:

“Nasib baik saudara saya yang tolong ketuk pintu dan selamatkan mereka yang berada di dalam rumah kerana masa itu masing-masing tidak sedar apa yang terjadi,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, saudara dan penduduk kampung turut membantu menyelamatkan tiga kereta dan dua motosikal yang diletakkan di hadapan rumahnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba, El Taraff Mohd Zachariah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.55 petang dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

El Taraff Mohd Zachariah
El Taraff Mohd Zachariah

“Kami menghadapi masalah ketiadaan air dan terpaksa menggunakan semburan buih. Timbunan kain di tingkat bawah dipercayai menyebabkan api marak dengan cepat.

“Kami berjaya menyelamatkan 50 peratus rumah separuh kekal tersebut. Dalam masa sama berjaya menyelamatkan tiga ekor anak kucing yang terperangkap di belakang mesin jahit setelah mendengar bunyi haiwan itu,” katanya.