Gol penyamaan Foden selamatkan maruah City

Foden (tengah) menjaringkan gol ketika City menentang West Ham di Stadium London sebentar tadi.
Foden (tengah) menjaringkan gol ketika City menentang West Ham di Stadium London sebentar tadi.
A
A
A

MANCHESTER City terselamat daripada dimalukan West Ham United selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London sebentar tadi.

Bintang muda England, Phil Foden muncul penyelamat The Citizens apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-51, sekali gus membolehkan City membawa pulang satu mata dari gelanggang lawan.

Sebelum itu, City tersentak seketika apabila The Hammers berjaya membuka tirai jaringan menerusi Michail Antonio yang menyudahkan hantaran Vladimir Coufal pada minit ke-18.

Keputusan seri itu menyaksikan City berada di tangga ke-11 apabila merekodkan lapan mata selepas mengharungi lima perlawanan dengan dua kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

West Ham pula berada satu anak tangga di atas City biarpun turut meraih lapan mata selepas mengharungi enam perlawanan dengan rekod dua kemenangan, dua seri dan dua kekalahan.

Artikel Berkaitan: