Covid-19: Dua sekolah di Kerian ditutup

Dua buah sekolah di Kerian ditutup selama seminggu mulai hari ini berikutan penularan Covid-19 membabitkan warganya. Gambar hiasan.
Dua buah sekolah di Kerian ditutup selama seminggu mulai hari ini berikutan penularan Covid-19 membabitkan warganya. Gambar hiasan.
A
A
A

IPOH - Dua buah sekolah di daerah Kerian ditutup selama seminggu mulai hari ini berikutan penularan koronavirus (Covid-19) membabitkan warganya.

Pengarah Pendidikan Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al-Baqir di Bagan Serai dan SMK Pekan Baru di Parit Buntar ditutup sehingga 30 Oktober dan dibuka semula 2 November ini.

“Penutupan kedua-dua sekolah itu dibuat bagi membolehkan kerja pembersihan dan desinfeksi dijalankan oleh Kementerian Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penutupan terbaharu itu menjadikan sebanyak sembilan sekolah ditutup disebabkan terdapat jangkitan wabak Covid-19 membabitkan guru dan pelajar.

Tujuh sekolah lain ialah SMK Klian Pauh di Taiping; Sekolah Kebangsaan (SK) Klebang Jaya; SMK Aminuddin Baki, Chemor; SMK Dato Haji Mohd Taib, Ipoh; SK Tanah Kebun; SMK Raja Lope Nor Rashid, Parit Buntar serta SK Lekir Batu 8 di Sitiawan, Manjung. - Bernama

Artikel Berkaitan: