Darurat tidak halang pembentangan Belanjawan 2021

Tommy Thomas
Tommy Thomas
A
A
A

SHAH ALAM - Pengisytiharan darurat tidak menghalang persidangan Dewan Rakyat yang masih boleh berfungsi seperti biasa selagi ia tidak dibubarkan berdasarkan Perkara 150 (3), Perkara 150 (5) dan Perkara 150 (9) Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat, Dewan Rakyat perlu bersidang seperti dijadualkan pada November depan bagi sesi pembentangan Belanjawan 2021.

Menurutnya, tindakan kerajaan adalah tidak berperlembagaan sekiranya menggantung Parlimen dan melaksanakan Belanjawan 2021 dengan keputusan eksekutif.

"Sudah terang dan jelas bahawa mengisytiharkan darurat tidak akan membawa hasil yang diharapkan.

“Parlimen harus melaksanakan tugasnya,” kata beliau dalam satu artikel hari ini.

Sehubungan itu, Tommy menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya melakukan rundingan dengan ahli Parlimen pembangkang bagi memastikan Belanjawan 2021 dapat diluluskan.

Katanya, keputusan tersebut terletak pada 222 ahli Parlimen dan Muhyiddin perlu memperuntukkan masa minggu depan untuk berbuat demikian ke arah sebuah kerajaan perpaduan.

“Mereka harus melaksanakannya dengan semangat muafakat dan kompromi.

Artikel Berkaitan:

"Rakyat Malaysia yang seharusnya anda wakili, benar-benar jijik dengan keadaan semasa.

“Darurat adalah perkara terakhir yang kita kehendaki hanya disebabkan oleh cita-cita dan kerakusan ahli politik," ujarnya.

Sementara itu, semalam, pakar perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Abd Aziz telah menjelaskan bahawa Parlimen masih boleh bersidang dalam keadaan darurat sekiranya tidak dibubarkan mengikut Perkara 150 (4) Perlembagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja-raja Melayu bermesyuarat esok

Darurat wajar untuk elak pilihan raya

Tun M dakwa Muhyiddin, kerajaan PN guna darurat untuk kekal berkuasa