X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO yakin Agong, Raja-raja Melayu buat keputusan terbaik

Ahmad menerusi ciapan di Twitternya menyatakan keyakinan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu akan membuat keputusan terbaik pada mesyurat khas di Istana Negara esok.
A
A

SHAH ALAM - UMNO menyatakan keyakinan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu akan membuat keputusan terbaik untuk rakyat bagi membantu mengekang penularan Covid-19.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia selepas media melaporkan bahawa Seri Paduka Baginda dan Raja-raja akan berunding esok.

"Sudah tentu Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Raja-raja akan membuat keputusan yang terbaik untuk menyelesaikan pandemik Covid-19. Menjunjung Kasih Tuanku," katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Agong bincang cadangan PM dengan Raja-Raja Melayu

Seri Paduka Baginda hari ini dilaporkan bertitah akan bertemu dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, majlis itu bagi membincangkan dan memperhalusi syor-syor yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sesi menghadap Al-Sultan Abdullah semalam.

Sesi menghadap berlangsung selepas Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pagi semalam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!