Mangsa tertusuk besi meninggal dunia

Mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang tiga Kuala Besar, Kota Bharu pada Selasa lalu meninggal dunia semalam.
Mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang tiga Kuala Besar, Kota Bharu pada Selasa lalu meninggal dunia semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang bapa tiga anak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga tertusuk besi pada bahu kanan dalam kejadian di simpang tiga Kuala Besar, di sini Selasa lalu meninggal dunia semalam.

Mangsa, Mohd Hazamil Mat Hussin, 37, menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pada jam 2.26 petang.

Dalam kemalangan itu, motosikal mangsa bertembung sebuah kereta jenis Perodua MyVi yang keluar dari simpang tiga Kedai Buloh.

Adik ipar mangsa, Sazzuan Ariffin, 35, berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego dalam kejadian jam 1 petang itu mengalami kecederaan parah patah leher, pecah tempurung kepala dan buah pinggang selain bahu kanan ditembusi besi penghadang belakang motosikal.

Katanya, dia ketika itu berada di Ipoh atas urusan kerja dan menerima panggilan daripada rakan sekampung yang berada di lokasi kemalangan sejauh 200 meter dari kedai lampin pakai buang milik kakaknya, Suzana Ariffin, 37, yang juga isteri Allahyarham Mohd Hazamil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sazzuan berkata, ibu kepada tiga anak berusia tiga sehingga 14 tahun itu masih dalam keadaan trauma dan kuat termenung menghadapi kehilangan mendadak suaminya itu.

“Arwah bekerja di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan sudah dua tahun bertukar dari Pasir Puteh ke Kota Bharu. Setiap kali rehat tengah hari dia akan pulang untuk makan bersama isterinya.

“Peliknya pada hari kejadian dia membawa motosikal milik isteri ketika bekerja, tidak seperti biasa pergi dengan menaiki kereta. Masa kemalangan itu, isterinya sudah pun siapkan makanan tengah harinya dan sedang menunggunya pulang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Che Latif, di sini semalam.