Maqis tahan 149 ekor burung kenari dari Belanda

Sebanyak 149 ekor burung kenari yang diimport dari Belanda ditahan Maqis di Stesen Kuarantin Haiwan KLIA pada Rabu lalu kerana tidak mempunyai permit import.
Sebanyak 149 ekor burung kenari yang diimport dari Belanda ditahan Maqis di Stesen Kuarantin Haiwan KLIA pada Rabu lalu kerana tidak mempunyai permit import.
A
A
A

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menahan sebanyak 149 ekor burung kenari spesies serinus canara yang diimport dari Belanda di Stesen Kuarantin Haiwan KLIA, Rabu lalu.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, hasil pemeriksaan mendapati burung kenari yang dianggarkan bernilai RM72,431.88 itu ditahan kerana tidak mempunyai permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan Maqis.

"Perbuatan mengimport haiwan hidup tanpa permit import adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Akta 728).

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-keduanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tarmisal berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemeriksaan ke atas dagangan keluaran pertanian yang diimport di setiap pintu masuk negara.

"Ia bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: