Johor pantau pergerakan Hizbut Tahrir

Tosrin (tengah) menyerahkan sumbangan kepada wakil Jabatan Agama Islam Batu Pahat pada Majlis Sumbangan Fidyah Kepada Anak-anak Yatim dan Miskin Dalam Jagaan Keluarga Negeri Johor di Le Grandeur Palm Resort, Kulai hari ini.
Tosrin (tengah) menyerahkan sumbangan kepada wakil Jabatan Agama Islam Batu Pahat pada Majlis Sumbangan Fidyah Kepada Anak-anak Yatim dan Miskin Dalam Jagaan Keluarga Negeri Johor di Le Grandeur Palm Resort, Kulai hari ini.
A
A
A

KULAI - Kerajaan negeri memandang serius dan memantau kewujudan pusat-pusat penyebaran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) di Johor walaupun ancamannya masih terkawal serta tidak begitu membimbangkan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bekerjasama dengan polis mengikuti perkembangan dan pergerakan HTM serta bersedia untuk menggempur pusat-pusat penyebaran mereka.

"Walaupun ancaman HTM tidak serius tetapi kita tidak boleh berdiam diri. Kita bersama-sama polis Johor akan gempur habis-habisan pusat HTM. Menerusi perbincangan dengan Jabatan Mufti Johor, kita akan mengadakan program penerangan di semua daerah di Johor.

"Program Mufti bersama-sama masyarakat ini akan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat Islam di Johor berkenaan HTM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sumbangan Fidyah Kepada Anak-anak Yatim dan Miskin Dalam Jagaan Keluarga Negeri Johor di Le Grandeur Palm Resort, Senai di sini hari ini.

Hadir sama, Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Penasihat Majlis Agama Islan Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadot.

Tosrin (tengah) merakam kenangan bersama-sama penerima pada Majlis Sumbangan Fidyah Kepada Anak-anak Yatim dan Miskin Dalam Jagaan Keluarga Negeri Johor di Le Grandeur Palm Resort, Kulai, hari ini.
Tosrin (tengah) merakam kenangan bersama-sama penerima pada Majlis Sumbangan Fidyah Kepada Anak-anak Yatim dan Miskin Dalam Jagaan Keluarga Negeri Johor di Le Grandeur Palm Resort, Kulai, hari ini.

Ahad lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan menggempur pusat penyebaran HTM selepas mengenal pasti 45 daripada 80 pengikut fahaman itu termasuk Sallahuddin Mashkuri yang merupakan ketua mereka.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, satu kenyataan dimuat naik dalam laman web rasmi HTM yang mendakwa Tosrin dan Ayob Khan memfitnah bahawa fahaman mereka bercanggah dengan agama Islam.

Fahaman HTM pernah mengeluarkan risalah berhubung negara Islam moden sebagai kufur serta akan memerangi sistem demokrasi dan menurut Ayob, fahaman mereka mempunyai ciri-ciri ajaran sesat antaranya seperti Daesh.

Menurut beliau, selain Johor, fatwa Selangor, Pahang, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur jelas menyatakan tentang penyelewengan HTM malah negara Islam lain antaranya Rusia, Tunisia, Bangladesh, Jordan dan Syria turut memasukkan fahaman itu sebagai menyesatkan serta mengancam keselamatan negara.

Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata, selain itu pihaknya juga mengedarkan risalah berkaitan HTM di 886 masjid dan 1,279 surau di seluruh negeri itu sejak bulan lalu bagi memastikan umat Islam di negeri ini tidak terpengaruh dengan fahaman HTM.