X

Kindly register in order to view this article
!

Pejuang selar 'darurat' kerajaan tekan rakyat

Tangkap layar Twitter Mukhriz hari ini
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini menyelar tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat seolah-olah menekan rakyat dengan pengisytiharan 'darurat'.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, rakyat patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi memutuskan rangkaian penularan koronavirus (Covid-19) sebaliknya menteri yang ingkar.

“Kalau marah dengan PKP, rakyat merusuh di jalanan, cetus huru-hara, mungkin okeylah isytihar darurat. Tapi rakyat sanggup berkorban, tak merusuh, banyak bersabar, patuh PKP.

“Menteri yang tak patuh (PKP). Kenapa rakyat pula yang ditekan dengan darurat,” soal Ahli Parlimen Jerlun yang juga bekas Menteri Besar Kedah itu dalam ciapannya di laman Twitternya, hari ini.

Terdahulu, Kabinet dilaporkan bersetuju dengan pelaksanaan 'darurat' bagi menangani penularan Covid-19 selepas perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Berikutan itu, Muhyiddin dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan di Pahang petang semalam.

Rancangan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik pembangkang, yang menegaskan bahawa undang-undang sedia ada sudah cukup untuk menangani wabak Covid-19.

Namun Yang di-Pertuan Agong menasihati rakyat agar jangan panik dengan cadangan itu dan Seri Paduka Baginda dijangka memanggil Mesyuarat Khas Raja-Raja bagi mendapat pandangan dan membuat keputusan bersama Isnin ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!