X

Kindly register in order to view this article
!

Tangani krisis Covid-19 ikut Perlembagaan, demokrasi: Tok Mat

Mohamad Hasan
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta kerajaan menangani krisis wabak koronavirus (Covid-19) secara fokus, berperlembagaan dan mempergiatkan segala usaha mendidik masyarakat berasaskan sains serta data.

Menurutnya, sesuatu yang membelakangkan sains, menjejaskan ekonomi dan memencilkan peranan Perlembagaan akan meletakkan negara serta rakyat dalam keadaan yang lebih sulit selain memburukkan lagi keadaan.

"Tangani krisis ini dengan mempertahankan perlembagaan, membenarkan demokrasi berfungsi, memperkemaskan respons sistem kesihatan dan keselamatan awam.

"Utamakan kepentingan rakyat biasa dengan tidak menambahkan kesusahan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pandemik Covid-19 dihadapi hampir semua negara, namun yang membezakan adalah skala kebolehjangkitan dan korban.

Mohamad berkata, sehingga kini Malaysia masih berada dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada kebanyakan negara lain.

"Kemampuan sistem kesihatan Malaysia menangani krisis ini adalah teruji dan diiktiraf sebagai salah satu negara dengan tindakan terbaik dan wajar dicontoh.

"Malaysia tidak berada dalam kelumpuhan ekonomi, sistem kesihatan dan keselamatan awam, malah berada dalam fasa pemulihan ekonomi yang fokus, dirangsang dengan pelbagai stimulus," ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!