MPK tawar diskaun kompaun parkir Isnin ini

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menawarkan diskaun bayaran kompaun parkir selama enam hari bermula Isnin ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Norkamawati Kamal berkata, penawaran itu dibuat membabitkan pemilik kenderaan yang dikenakan kompaun antara RM30 dan RM300.

"Bagi pemilik kenderaan yang dikenakan kompaun RM30 dalam masa tempoh 30 hari, mereka hanya perlu membayar RM10.

"Kadar kompaun RM300 bagi pesalah selepas tempoh 30 hari pula hanya perlu membayar RM100," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norkamawati berkata, warga Kuantan perlu hadir ke Kompleks Ibu Pejabat MPK bagi menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

"Jadi, rebutlah peluang ini," katanya.

Artikel Berkaitan: